PRODUK KECANTIKAN DAN KESIHATAN BERTARAF DUNIA UNTUK ANDA
Online Shopping

Sejarah Kemantapan Giffarine

Posted On Wednesday, 23 August 2017



Pada tahun 1996, sekumpulan doktor perubatan dan ahli farmasi yang dedikasi telah membuat keputusan untuk berkongsi pengetahuan, kemahiran dan pengalaman mereka untuk melakukan kajian dan menghasilkan produk yang berkualiti untuk penduduk Thailand. Mereka telah berjaya menghasilkan sebilangan produk kosmetik, rawatan badan barangan keperluan rumah dan makanan tambahan.


Semua produk ini kemudianya diberi jenama Giffarine. Produk ini dirumus khas menggunakan bahan mentah bermutu dari dalam dan luar negeri  termasuklah bahan herba yang telah terkenal dan digunakan sejak turun temurun bagi menghasilkan produk yang bermutu tinggi. Falsafah Giffarine yang meletakkan kejujuran dan tanggungjawab untuk pelanggan telah memberikan kejayaan besar kepada Giffarine.

Kini selepas 20 tahun, hampir 2000 jenis produk yang dihasilkan oleh Giffarine telah berupaya mengikut rentak pertumbuhan masyarakat Thailand dan nama ini telah terkenal dan diterima baik di seluruh negara. Giffarine mudah diterima dan berkembang pesat di kalangan masyarakat Thailand. Pelan pemasaran yang adil dan mudah, produk yang berkualiti dan selamat telah membawa kejayaan dan keselamatan kepada pengguna  dan pengedar Giffarine serta keluarga mereka.

Giffarine telah melihat peluang dan kepentingan meluaskan pasaran di luar Thailand agar kebaikannya dapat dinikmati oleh lebih ramai orang. Tambahan pula, pertanyaan dari luar  negara untuk produk Giffarine dan menjalankan perniagaan bersama Giffarine semakin meningkat. Syarikat memperkenalkan “Program lautan Biru” bagi meneroka pasaran luar.

Giffarine telah bekerjasama dengan beberapa pihak bagi memberi peluang kepada lebih ramai penduduk Asia mengguna dan menikmati kebaikan produk Giffarine dan merebut peluang perniagaan bersamanya. Giffarine kini di Malaysia.


No comments

Post a Comment

Powered by Blogger.
/

Get In Touch

Pt 2227, Kota Kubang Labu, Wakaf Bharu, Kelantan
(+60) 09-718 5321 / 09-7181924
Sabtu - Khamis (10am - 6pm)

Contact Form

Names

Email

Message

© Giffarine Malaysia. All Rights Reserved