PRODUK KECANTIKAN DAN KESIHATAN BERTARAF DUNIA UNTUK ANDA
Online Shopping

Syarat dan Peraturan Agen Giffarine

Posted On Wednesday, 23 August 2017



1) SYARAT MENJADI AGEN:


a) Individu yang berumur 18 tahun ke atas.

b) Borang pendaftaran agen hendaklah diisi sepenuhnya dengan betul ditandatangani dan hendaklah diserahkan bersama salinan Kad Pengenalan kepada cawangan yang berdekatan.



c) Jumlah minimum belian produk adalah dari RM500 setiap bulan.

d) Agen perlu beli stok sekurang-kurangnya SEKALI sebulan untuk kekal sebagai agen sah kami. Senarai agen sah akan disiarkan sekali sebulan oleh Syarikat dan website kami.

e) Bayaran penuh perlu dibuat sebelum produk diberikan kepada agen.

f) Keuntungan agen sebanyak 20%-35% setiap bulan mengikut terma yang ditetapkan.

g) Tunjukkan kad agen atau nyatakan nombor agen setiap kali anda hendak membeli produk atau berurusan di cawangan.

h) Agen adalah tertakluk di cawangan berdaftar sahaja. Setiap pembelian perlu dibuat di cawangan berdaftar sahaja. Sekiranya timbul isu, sila berhubung dengan pegawai HQ Giffarine segera.

i) Apabila telah diterima menjadi agen bermakna anda tertakluk kepada segala syarat, peraturan dan tatacara agen Giffarine sebagaimana termaktub dalam Tatasusila Syarikat.

2) AGEN MESTILAH MEMATUHI DAN MENGIKUTI HARGA JUALAN YANG DITETAPKAN OLEH SYARIKAT:


a) Agen tidak dibenarkan menjual atau mengedar sebarang produk Giffarine pada apa jua harga atau syarat lain selain daripada yang telah ditetapkan.

b) Dilarang mengubah harga runcit (harga pasaran) yang telah ditetapkan oleh syarikat. (Agen tidak dibenarkan menjual produk Giffarine dengan harga yang lebih rendah daripada harga terendah yang dibenarkan).

c) Agen perlu PATUH pada setiap aktiviti / harga promosi yang diarahkan oleh syarikat secara rasmi.



3) TIDAK DIBENARKAN MENJUAL PRODUK SELUDUP:


a) Semua pembelian produk Giffarine mestilah melalui cawangan Giffarine yang sah. Dilarang sama sekali membeli atau menjual produk seludup atau dari sumber haram.

b) Agen yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam aktiviti ini akan digugurkan sebagai agen Giffarine.


4) AGEN TIDAK AKTIF DAN PEMBATALAN BISNES:


a) Sekiranya agen tidak membuat belian, sekurang-kurangnya RM500 dalam masa 3 bulan berturut-turut maka ia dianggap sebagai tidak aktif dan akan hilang hak sebagai agen Giffarine (permohonan pendaftaran agen daerah tersebut secara automatik akan terbuka kepada orang lain).


5) PENUKARAN PRODUK:


a) Agen dibenarkan untuk menukar produk belian dalam tempoh 1 bulan. Produk dan kotaknya mestilah masih dalam keadaan baik dan tidak rosak. Resit pembelian asal hendaklah disertakan.

b) Pilihan barangan untuk ditukar adalah bergantung kepada stok semasa yang ada dan harga hendaklah sama atau lebih daripada barang yang dipulangkan. Sekiranya harga lebih tinggi, agen hendaklah membuat bayaran tambahan.

c) Apabila syarikat membatalkan pembelian produk yang telah dipulangkan, secara automatik semua bonus atau diskaun ke atas produk tersebut akan dipotong. (pengiraan semula perlu dibuat)

d) Penukaran produk hendaklah hanya melalui cawangan pembelian asal produk tersebut sahaja.


6) PEMBATALAN AGEN:


a) Syarikat berhak dan boleh membatalkan hak agen sekiranya melanggar mana-mana syarat agen yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat seperti berikut:

i. Agen menjual dengan harga yang lebih rendah dari harga pasaran yang ditetapkan oleh syarikat.

ii. Mencipta dan/atau menabur fitnah berkaitan agen lain, pekerja syarikat atau Giffarine.

iii. Terlibat secara langsung atau tidak langsung aktiviti penyeludupan produk yang tidak sah dari Negara jiran ke Malaysia atau/dan menjual produk tersebut di Negara ini.

iv. Berpakat atau bersubahat dengan anggota syarikat atau mana-mana agen untuk melakukan apa-apa aktiviti atau penyalahgunaan kuasa yang boleh merugikan syarikat, agen lain ataupun lingkungan perniagaannya.

b) Pembatalan agen berkuatkuasa dari tarikh surat pembatalan atau pembatalan dari senarai agen syarikat.

No comments

Post a Comment

Powered by Blogger.
/

Get In Touch

Pt 2227, Kota Kubang Labu, Wakaf Bharu, Kelantan
(+60) 09-718 5321 / 09-7181924
Sabtu - Khamis (10am - 6pm)

Contact Form

Names

Email

Message

© Giffarine Malaysia. All Rights Reserved