PRODUK KECANTIKAN DAN KESIHATAN BERTARAF DUNIA UNTUK ANDA
Online Shopping

Tentang Syarikat Giffarine Malaysia

Posted On Sunday, 27 August 2017



Giffarine Skyline Unity (M) Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 3 April 2008 dan didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia dengan nombor pendaftaran 812392-V. Saham syarikat ini dimiliki sepenuhnya oleh Melayu bumiputera. Giffarine juga adalah syarikat berdaftar dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Giffarine Malaysia adalah pemegang Master Francais untuk mengimport dan memasarkan produk-produk Giffarine untuk pasaran dalam Malaysia melalui perjanjian yang telah ditandatangani pada tahun 2008 bersama Giffarine Thailand.

Giffarine adalah sebuah syarikat pemasaran rangkaian utama yang kukuh. Di Thailand, syarikat ini telah diasaskan oleh sekumpulan doktor dan ahli farmasi yang berusaha untuk membangunkan produk-produk yang meningkatkan kualiti hidup. Yakinlah bahawa semua produk yang dikeluarkan adalah disahkan HALAL. Giffarine sangat komited untuk menjaga pelanggannya dengan ikhlas dan tanggungjawab.

Giffarine Skyline Unity (M) Sdn Bhd telah ditubuhkan bagi memperkenalkan dan memasarkan produk Giffarine di Malaysia sebagaimana di Thailand. Diuruskan secara profesional, mengamalkan tahap pengurusan yang tinggi, telus dan beretika. kami mengamalkan kerja berpasukan dengan keadilan untuk semua.

Sebagai negara berjiran penduduk kedua-dua negara  memiliki banyak persamaan. Oleh itu adalah diyakini  produk Giffarine sangat sesuai dan diterima baik oleh penduduk Malaysia sebagaimanana penduduk Thailand. Giffarine Malaysia akan meneruskan wawasan dan merealisasikan impian anda untuk faedah dan kebaikan bersama.

No comments

Post a Comment

Powered by Blogger.
/

Get In Touch

Pt 2227, Kota Kubang Labu, Wakaf Bharu, Kelantan
(+60) 09-718 5321 / 09-7181924
Sabtu - Khamis (10am - 6pm)

Contact Form

Names

Email

Message

© Giffarine Malaysia. All Rights Reserved